sering kali kita tidak menyedari,
hadirnya manusia bertopeng di sisi,
yang gigih mengelirukan mata kita,
dengan sikap tipu dan pura-pura
manusia bertopeng hebat dalam lakonan,
kerana mereka membuat kau tidak dapat membezakan,
mana satu benar mana satu kepuraan,
mereka dengan teliti memasukkan jarum tajam mencucuk hatimu,
membakar jiwamu,
umpama api dalam sekam,
cuma kau tidak pernah menyangka bahawa mereka lah pelakunya.
mereka akan hadir dalam hidupmu,
dengan membawa sinar dan cahaya tipu,
yang mana kau sangka mereka peneman,
tapi mereka sebenarnya adalah lawan,
yang menunggu saat jatuhmu,
lalu mereka mentertawakanmu.
berhati-hatilah sahabatku,
jangan disangka teman adalah teman,
dan lawan adalah lawan,
kau tidak akan pernah memahami dan mengerti sepenuhnya,
sehingga saat kau mengharungi saat perih dan gusar,
saat sakit dan sukar,
saat sepi dan keseorangan,
hingga saat itu kau tidak akan benar-benar tahu,
mana satu manusia bertopeng yang mendampingimu.
Comments
Post a Comment