Terbiar terbang dibawa angin menuju ke langit biru,
Terbangnya tinggi seakan bisa mengapai bintang angkasa,
Terbang tinggi dan tinggi lagi,
Bagai tak mahu menjejak dunia kembali.
Aku bagai layang-layang yang terputus talinya,
Bebas menari bersama burung-burung di awangan,
Menari mengikut rentak siulan pawana dan nyanyian alam,
Terbawa jauh dan jauh lagi,
Bagai tiada penghujung dan masa berhenti.
Aku bagai layang-layang yang terputus talinya,
Yang kuungkapkan bahagia,
Yang kusenandungkan gembira,
Tapi sayang sebagaimana tuan yang kehilangannya,
Layang-layang juga kecewa,
Kecewa kerana hilang arah dan tempat bergantung,
Dalam kebisuan meratap sepi tergantung antara langit dan
bumi,
Layang-layang ditarik angin dan dibawa jauh,
Namun dia tidak mahu, dia tidak hendak,
Dia ingin jatuh dan berharap tuannya akan kembali
mengutipnya,
Lalu menerbangkannya lagi.
Comments
Post a Comment