burrrrssstttttt.....
air memancur laju dari muncung paip, membasahi sekujur tubuhku yang semenjak tadi keletihan selepas pulang dari lawatan ke langkawi. terasa segar badan setelah perjalanan jauh selama kira-kira tujuh jam menaiki bas. aku mula membasuh badan yang terasa melekit dan tidak selesa dengan sabun activeboy. aroma sabun itu mewangikan ruang kamar mandi itu. setiap anggota badan aku sapukan dan ku sental dengan sabun tersebut. biar hilang segala ketidakselesaan dan bau-bau yang tidak menyenangkan dari tubuhku.
"hmmmm...mmm...mmm", aku bergumam menyanyikan rentak lagu Hafiz awan nano. suaraku bergema di setiap pelusuk kamar mandi itu, diikuti rentak air pancur yang jatuh ke lantai membuatkan suaraku dengan melodi yang tercipta daripada air pancur itu menjadi harmoni. aku tenggelam dalam kemerduan suaraku sendiri. kalah-kalah artis, hatiku berbicara, memuji diri sendiri. perghhh perangai yang, sangat menyebalkan bukan.. hahaha..
namun, dalam keseronokanku berlagu dan bernyanyi, tiba-tiba, sekujur tubuhku merasa sangat aneh. terasa sekejap hangat sekejap dingin. bulu romaku yang sudah kebasahan pun masih boleh terasa berdiri. firasatku seakan-akan memberitahu bahawa sesuatu sedang berlaku di dalam kamar mandi itu. ada sesuatu yang sedang memerhati, ada mata-mata liar yang ralit memantau setiap gerak laku ku. jantungku berdegup kencang. sungguh ini pengalaman pertamaku begini. mana mungkin ada orang lain di kamar mandi itu selain aku. aku merasakan ada sesuatu yang ghaib berada di sisiku.
"la, la, la", aku menguatkan nyanyianku. cuba membunuh situasi yang tidak menyenangkan itu. cuba menutup rasa takut yang mula menyelubungi diri. kata nenek aku dulu, hati tu meskipun sudah takut pastikan wajah masih nampak berani. huhu, itulah yang cuba aku lakukan kala itu. namun semakin aku cuba kuatkan suaraku semakin kuat keberadaan "benda" itu. seakan-akan bila-bila masa sahaja akan menerkam ku dari belakang. aku menutup mata. tidak mahu melihat apa-apa benda aneh. aku teruskan dengan mensyampukan rambutku. mata ku biarkan terpejam. suaraku terus bernyanyi dengan lantang. sungguh aku takut, kerana kala ini semua housemateku masih belum pulang dari bermain futsal. kala itu masih awal rembang senja. mahu dekat-dekat maghrib begitu. suasana di luar sudah mula mengelap. aku tahu kerana dinding yang menutupi kamar mandi ku itu adalah daripada cermin tebal. jadi nampak sikit-sikit akan kejadiannya di luar. wah, apakah situasi ini. jantungku makin kuat mengepam darah. kepala ku mula berdenyut-denyut akan tekanan itu.
aku mematikan air pancur selepas usai mensyampukan rambut. aku membuaka mata perlahan-lahan. masih dalam keadaan berdiri di tempat sama. anak mataku meliar untuk cuba melihat ke belakang. tiada. aku menoleh ke belakang. tiada. aku melepaskan nafas lega. mungkin "benda" itu telah berlalu pergi. aku mula bergerak keluar dari tandas. lalu, tanpa sengaja aku terbuang pandanganku ke dinding tepi tandas yang diperbuat daripada cermin tebal dan aku TERNAMPAK BENDA ITU MELINTAS. mataku terbeliak tidak percaya. itulah pengalaman pertamaku melihat benda tersebut. sungguh tidak percaya cerita mistik yang selalu aku terdengar dan aku tidak percaya berlaku pada diriku sendiri.

Comments
Post a Comment