cerpen: darah sang pertapa(fantasi)

kamilia sedang ralit menulis di dalam buku diarinya. dia memang gemar begitu, dia suka merekodkan perasaannya dan cerita kehidupannya. dia sungguh mempamerkan sikap tipikal perempuan yang suka meluahkan perasaan mereka kepada sesuatu item yang boleh disimpan dan dirahsiakan.

12/11/2015
diariku yang kusayangi,
sungguh hari ini adalah hari yang sangat sedih bagiku. hari ini merupakan ulang tahun kematian ayah yang kelima. aku masih rindu pada ayah. aku masih berharap ada ayah untuk bersama aku dan ibu. aku rindu pada gurau ayah, nasihat ayah, dan bualan dengan ayah. tapi penuduk kampung masih juga dengan onar mereka memulau aku dengan ibu. mereka kata ayah ada mengamalkan ilmu sihir yang bakal membawa kecelakaan kepada penduduk kampung. mereka kata keluarga kami membawa sial. ibu hanya menyuruh aku bersabar sahaja dengan sikap orang kampung. peristiwa tadi pagi sangat menyakitkan hati aku wahai diari. orang kampung memang sudah melampau terhadap aku dan ibu.

waktu pagi
kamilia sedang sibuk memasak di dapur. dia hanya masak ubi rebus dan ulam-ulaman sahaja.itulah makanan dia dan ibunya sehari-hari. jarang-jarang benar dia merasa daging. sebenarnya kamilia dan ibunya mempunyai wang dan harta yang banyak peninggalan pak salleh, bapa kamilia selepas dia meninggal dunia lima tahun yang lepas, namun, kerana penduduk kampung masih memulau mereka wang berkenaan tidak bernilai kerana tiada seorang pun yang mahu menjualkan barang kepada mereka. penduduk kampung takut akan mendapat sial jika menerima apa-apa barang peninggalan pak salleh yang dituduh mengamalkan ilmu sihir. sewaktu pak salleh masih hidup, penduduk kampung masih lagi berbuat baik kepada keluarga mereka. tiada siapa yang menuduh pak salleh mengamalkan sihir. sewaktu pak salleh masih hidup, dia sering menghulurkan bantuan kepada orang kampung. dia sanggup mendermakan sejumlah wang yang sangat banyak untuk membantu membangunkan dewan serbaguna di kampung itu. bapa kamilia adalah seorang budiman yang berhati besar dan sangat baik hati.

"uhuk, uhuk", kedengaran bunyi batuk ibu kamilia dari arah ruang tamu. kamilia yang baru sahaja selesai menghidangkan masakannya ke atas meja makan bersegera ke ruang tamu untuk melihat ibunya, ibu salmah.

"mak, mak ok tak ni?", kamilia bersegera mengusap-usap belakang ibunya yang sedang terbatuk-batuk kecil. mak salmah hanya tersenyum melihat anaknya yang cukup prihatin terhadap dirinya. mak salmah mengangguk-angguk kepalanya dan tersenyum.

"mak tunggu dekat rumah ni, biar kamilia usaha minta ubat dengan orang kampung", kamilia bangkit tapi ditahan oleh ibunya.
"usahlah kamilia, tiada siapa yang akan memberi bantuan kepada kita. jangan risau ibu tidak apa-apa. uhuk.....uhuk", mak salmah terbatuk lagi kali ini lebih kuat daripada yang sebelumnya.
"mak sakit ni, biar kamilia cari ubat mak. kamilia akan rayu orang kampung", kamilia meleraikan pegangan ibunya pada tangannya dan bersegera berlari keluar dari rumah itu. mak salmah tidak sempat berbuat apa-apa. dia hanya mampu mengekori tubuh itu dengan pandangannya sehingga figura itu hilang di pintu rumah tersebut. mak salmah hanya berdoa anaknya itu selamat dari celaan orang kampung.

diariku,
aku dengan segala upaya berlari dari rumah pergi ke rumah orang kampung untuk mencari ubat. aku sungguh risau dengan kesihatan ibu yang semakin merosot. aku bimbang bahawa ibu juga akan pergi meninggalkan aku.

"pak kamal, tolonglah beri ubat untuk ibu saya pak kamal", kamilia sudah teresak-esak meminta bantuan pak cik kamal yang mengusahakan kedai runcit di kampung itu. kamilia sudah terduduk di lantai sambil memegang kaki orang tua itu untuk memohon belas simpatinya. "pap", kamilia terhumban jauh di tendang oleh pak kamal. "aku tidak akan memberi bantuan kepada pemuja syaitan seperti kamu", pak kamal meludah kamilia setelah dia menghamburkan kata nista kepada gadis kecil molek itu. kamilia berasa terkejut dengan tindakan itu. dia menangis dan merasa malu. pak kamal menghampiri dia lagi dan menolak kamilia jauh dari kedainya. kamilia tidak mampu melawan lelaki itu dek tenaganya yang lebih lemah dibandingkan sekujur tubuh sasa milik pak kamal. kamilia teresak-esak pulang ke rumah dalam keadaan yang kusut masai.

sungguh diariku, orang kampungku tidak layak lagi digelar manusia. tiadakah sudah simpati mereka kepada aku dengan ibu. ibu sedang sakit dan sangat memerlukan pertolongan. tapi masa ini pertolongan itu mungkin sudah tidak diperlukan lagi kerana ibu sudah kembali..........

dengan langkah lemah longlai, kamilia memasuki rumahnya banglo agam yang dia duduki dengan ibunya. air mata masih lagi bersisa di tubir mata. kamilia sungguh simpati dengan ibunya yang sedang sakit. kamilia melihat ibunya sudah tertidur di sofa rumah itu. dia menghampiri ibunya. kamilia meneliti rupa tua ibunya yang sudah dimamah usia. itulah wanita yang kuat yang telah menjaga dia lima tahun tanpa bantuan suami yang tercinta. kamilia memegang wajah suci ibunya. sejuk. kamilia merasakan tubuh ibunya sejuk seperti ais. jantungnya berdegup kencang, risau dan bimbang.

"mak, mak, mak bangun mak", kamilia terjerit-jerit mahu membangunkan ibunya. tapi tiada jawapan. dia lemah semangat. kamilia menangis seperti terkena histeria.

diariku,
ibu pergi meninggalkan aku juga akhirnya seperti mana ayah. ibu telah mati. mati kerana tidak mendapat rawatan dan ubat. penduduk kampung yang kejam telah menyebabkan kematiannya. aku harus balas dendam. biar mereka tahu bahawa keturunan pak salleh akan menghancurkan mereka dan keluarga mereka. balas dendam. aku akan keluarkan dan siat-siat jantung mereka. bapa aku tidak pernah mengamal sihir cuma memang telah mengalir dalam dari keturunan kami lebih berkuasa dari manusia biasa. demi ibu dan ayah, biar malam ini aku berdosa. aku akan mandikan kampung perebah dengan darah..

kamilia berhenti menulis diarinya. dia bangun dari tempat duduknya. dia pergi ke katil lalu melihat tubuh ibunya yang sudah tidak bernyawa. mata mak salamh masih terbuka. wajah itu tenang sahaja. tiada reaksi. kemarahan kamilia membuak-buak. peristiwa pagi tadi disusuli dengan kematian ibunya membangkitkan raksasa dalam dirinya. dulu ayahnya selalu menegah dia menunjukkan diri sebenar mereka kepada penduduk kampung kerana takut mereka akan berasa takut dengan mereka sekeluarga. tubuh kamilia mula berubah dan membesar. nafasnya turun naik dengan laju. zapppp.... sayap hitam muncul dibelakangnya. matanya memerah. taring mula keluar dari mulutnya.. kamilia keluar dari rumah itu dengan misinya membunuh penduduk kampung, dia terbang dengan sayapnya dengan kelajuan yang luar biasa.

12 tengah malam

"arghhhhhhhh......................... tolong.......... tooooloooooooonggggggg. jannnnnnnnnngannnnnnnn", suara lolongan manusia meminta tolong memenuhi ruangan malam. kampung perebah bermandi darah juga malam itu. darah sang pertapa yang mengalir di dalam tubuh kamilia telah dibangkitkan.


Comments