andainya ku tahu cinta itu milik kita
pastinya takkan aku mundur ke belakang
dan terus ke hadapan bersamamu wahai kekasih
namun
hakikat cinta ini tidak mampu kekal
membuat aku tersedar bahawa kau bukan jodohku
kekasih,
aku tidak mampu melihatmu derita
tidak mahu melihatmu sengsara
air matamu tidak mahu aku tumpahkan dengan perih payah kehidupan
kekasih,
aku sanggup memutuskan hubungan ini
agar bahagia milikmu
bukan satu keputusan mudah buatku
namun inilah yang terbaik bagimu
berbahagialah dan carilah gembiramu
selama mana kamu bersamaku
aku hanya m
embuat kamu menangis
selamat tinggal idaman hati pergi cari kekasih barumu
Comments
Post a Comment