Ada masa

ada masa kita perlu berdiam, kerana ia lebih baik daripada bersuara. risau kelak bersuara ada hubungan yang akan hancur.

ada masa kita perlu berani dan lantang berbicara, kerana ia penting untuk memberitahu orang di sekeliling kita apa yang kita fikir dan apa yang kita rasa.

ada masa kita perlu berpura-pura dan menjawab dengan tidak kepastian, kerana itu lebih baik daripada sebuah kejujuran yang membuat orang lain menangis dan putus asa.

ada masa kita perlu berterus terang, kerana setiap masa orang menuntut kepastian dan orang inginkan jawapan.

ada masa kita perlu bersembunyi dan berduduk diam, menunggu masa untuk semua yang berlaku menjadi reda.

ada masa kita perlu tampil ke hadapan untuk berdepan dan menghadapi segala masalah.

ada masa kita perlu menjawab dan ada masa kita tidak perlu kerana ada masa kita pasti dan ada masa kita tidak tahu.

hidup ini adalah satu entiti yang penuh ketidakpastian dan kejutan, dan masa pula mengertikan segala kejadian dan merekodkan segala yang berlaku. adakah kita bersedia untuk semua perkara atau tidak?? kerana itu ada masa kita berjaya dan ada masa kita kecewa. hapuslah titis mata kalau hidup membuat kita menangis dan yakinlah ada masa bahagia datang menjenguk jendela hidupmu, dan saat kau gembira jangan dilupa bahawa ada masa yang pasti meruntuhkan mahligai kehidupanmu.

hati perlu senantiasa diingatkan, jangan lupa kejadianmu, kita manusia yang lemah, yang selalu gembira dan kecewa acap kali. beringatlah ketawa pun boleh berserta airmata.

Comments