perasaan malam ini

melayan perasaan malam ini,
bisakah kesedihan pergi jauh,
saat ini hujan turun, maka tambah sejuklah,
tambah sayulah hatiku...

mengenang pada masa yang lampau,
adakah ia mampu membuatku tersenyum atau menangis,
aku tidak tahu, sungguh aku tidak tahu,
kerana aku lupa apa yang berlaku..

perasaan ini sungguh rumit,
kepalaku menjadi sakit,
adakah yang bisa mengubatinya,
dan membuat aku percaya, 
bahawa hidup ini lebih bermakna...

Comments